Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, laman web SK Taman Skudai Baru dapat dibangunkan. Hasrat untuk mengadakan laman web sekolah ini menuntut tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada setiap warga pendidik secara langsung atau tidak langsung. Berkat usaha inilah, maka laman web SK Taman Skudai Baru menjadi realiti.
Untuk ini, saya sebagai Guru Besar SK Taman Skudai Baru ingin mengucapkan syabas dan tahniah khasnya kepada En. Shamsul Anuar b. Safar merangkap administrator dan editor serta semua guru yang memberi kerjasama padu dalam membangunkan laman web ini. Keterlibatan dan iltizam semua sebagai satu pasukan untuk merealisasikan hasrat murni ini amatlah di sanjung tinggi.
Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, cara berkomunikasi dan cara pencarian dari segi pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih mudah. Justeru itu, diharapkan segala perancangan dan aktiviti di SK Taman Skudai Baru dan sebarang maklumat atau informasi dapat dimanfaatkan dalam laman web ini.
Akhir kata, saya mengharapkan semoga laman web sekolah ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah ini. Sekaligus, diharapkan semoga semua warga SK Taman Skudai Baru dan ibubapa mengambil kesempatan untuk mengakses maklumat terkini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih.